Friday 17 May 2013

5 MaKaNaN CeGaH KanSeR PaYuDaRa


Assalamualaikum...salam ceria...dan salam 1Malaysia...hari ni saya nak berkongsi fakta tentang makanan yang dapat mencegah kanser...seperti yang kita tahu, di Malaysia 1 daripada 10 wanita menghidap penyakit kanser payudara yang disebabkan oleh gaya hidup moden...para wanita perlu membiasakan diri dengan menjaga kesihatan payudara dengan mengambil makanan sihat.

Diet yang seimbang dan pemilihan makanan yang betul akan dapat membantu kita mencegah kanser...cukup dengan mengambil lima jenis makanan yang kaya nutrisi ini, kita akan mendapatkan keadaan payudara yang sihat...

1- SAYUR-SAYURAN HIJAU
Memakan pelbagai sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli, kembang kol, bayam dan sebagainya sebagai menu diet harian. Kandungan vitamin, serat dan antioksidan di dalamnya membantu menghilangkan radikal bebas dan racun lain lari dari dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari segala bentuk kanser terutama kanser payudara.

2- PROTEIN
Makanan yang kaya dengan protein sangat baik untuk kesihatan payudara. Biasakan mengambil makanan tang diperbuat dari kacang soya seperti susu soya, temped an tauhu. Kekacang boleh menjadi pilihan yang tepat kerana kandungan proteinnya yang luar biasa.

3- JUS BUAH
Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara. Kekerapan pengambilan jus buah-buahan boleh meningkatkan zat antioksidan dalam tubuh badan. Buah juga mempunyai peranan penting terhadap peningkatan system imun.

4- PELBAGAI JENIS IKAN
Ikan kaya dengan asid lemak Omega 3 dan mengandungi vitamin D yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat baik untuk kesihatan payudara. Oleh itu, kita harus memastikan ikan sentiasa dimasukkan ke dalam menu diet seharian.

5- PELBAGAI BUAH BERI
Selain rasanya yang lazat, buah beri juga mengandungi nutrisi yang baik seperti serat dan vitamin C. Apa yang menarik ialah buah beri boleh ditambah ke dalam menu makanan seperti meletakkannya pada yogurt, salad, cereal dan smoothie.






YOGURT merupakan sejenis menu diet harian yang dapat mencegah dari kanser payudara




Kesimpulannya, pemakanan yang sihat dan diet seimbang sangat penting untuk menjaga kesihatan sepanjang hayat dan dapat mencegah dari sebarang penyakit....ambillah makanan yang sihat untuk dapatkan kesihatan yang baik....sekian...

Thursday 16 May 2013

MaKaNaN UnTuK KeSiHaTaN MaTa


Assalamualaikum semua…Hai kawan-kawan…Kali ni saya nak kongsi pasal makanan yang dapat menjaga kesihatan mata kita. Ada yang berpendapat lobak merah dapat mencerahkan penglihatan mata kita…betul la tu…lobak merah merupakan salah satu makanan yang mampu menjaga kesihatan mata kita..

Antara makanan lain yang dapat menjaga kesihatan mata ialah:


ADPOKAT(AVOCADO)
Adpokat merupakan salah satu dari makanan yang padat nitrisi. Adpokat mengandungi lebih banyak lutien dibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin B6 dan vitamin E.


LOBAK MERAH (CARROT)
Carrot atau lobak merah sudah lama dikenalpasti sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana lobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta karotin. Beta karotin akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A dimana vitamin ini berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, lobak merah dapat membantu tubuh badan melepaskan bahan radikal bebas.



BROKOLI
Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.


TELUR
Telur kaya dengan nutrisi mata seperti vitamin A, zink, lutein, lecithin, B12, vitamin D dan cysteine.



BAYAM

Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. Bayam juga mengandungi nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.

KOBIS
Sama seperti bayam, kobis juga mengandungi vitamin A, lutein dan zeaxathin.


TOMATO
Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.


BIJI BUNGA MATAHARI
Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.




BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.



SALMON
Salmon kaya dengan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin A.

Jom kita sama-sama jaga mata.......
















KHaSiaT BeLuT UnTuK KeSiHaTan


Assalamualaikum… entri saya hari ni barkenaan dengan belut…kebiasaannya, bila orang dengar pasal belut, diorang akan fikir belut ni menyerupai ular dengan bentuk badannya yang licin dan kepalanya mirip sangat dengan ular. Tapi hakikatnya, belut ialah sejenis ikan dengan kepala berinsang dan hidup di dalam air. Belut juga dikenali dengan nama “ikan linang”. Belut juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Jadi, tak hairanlah kenapa jangka hayat warga Jepun antara yang tertinggi di dunia.

Saya nak berkongsi pengalaman pertama saya makan belut…masa umur saya 13 tahun, saya ngan adik-beradik kena jangkitan kudis buta. Ada satu hari , masa waktu makan tengahari, saya nampak ada satu lauk bergoreng…saya tanya arwah ayah saya, ni apa…arwah ayah saya cakap ni ikan sembilang….saya pun percayalah yang tu ikan sembilang…masa makan tu, memang rasa sedap..macam makan ikan goreng biasa tu…isinya manis..bila dah habis makan, baru arwah ayah saya cakap yang saya makan tadi tu sebenarnya belut…masa dengar tu, rasa nak muntah balik pun ada sebab dah terbayang rupa belut…tapi masa tu arwah ayah saya cakap kalau awal2 dah bagitau belut, confirm saya tak nak makan…masa tu la arwah ayah saya cerita rupanya makan belut ni boleh cepat keringkan kudis… Alhamdulillah beberapa hari lepas tu memang kudis saya ngan adik-adik  kering…

Secara keseluruhan, daging belut mengandungi banyak kebaikan, antaranya termasuklah kolesterol, sodium, protein, air, kalories tinggi, asid lemak tak tepu Omega 3, asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Folate, vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalsium, Zat Besi, magnesium, fosfor, potassium, sodium, Zink, Mangan dan Selenium.


Khasiat tersembunyi pada belut:
1- Mampu menjaga daya tahan tubuh terutama pada waktu panas.
2- Mengosumsi belut mampu meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh.
3- Dapat mengurangkan tekanan darah dan risiko arthritis.
4- Belut tidak mempunya gula dan rendah sodium serta kaya dengan vitamin yang diperlukan tubuh secara umum.
5- Bermanfaat untuk penglihatan, perkembangan fungsi saraf pusat, menormalkan tekanan darah di otak.
6- Mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
7- Menghalang peningkatan kadar gluokos dalam badan dan mengelak daripada tumbuhnya penyakit kencing manis.
8- Mampu memberi kesihatan kepada jantung; mengurangkan risiko sakit jantung, mengelakkan penyempitan pembuluh jantung.

Banyak kan khasiat belut?? Hehe… tak rugi la saya makan belut kalau ianya bagi kebaikan pada tubuh kita…kadang-kadang makanan yang kita tak suka tu lah yang banyak bagi khasiat kat badan kita… 

PeTaI- KaYa DeNGaN PeLBaGaI KHasiAT


Assalamualaikum . . .Salam Ceria semua. . .hari ni saya nak berkongsi pasal sejenis makanan ni..kalau korang dengar mesti korang macam tak nak makan. . .PETAI. . . kebanyakan orang berpendapat petai ni mengeluarkan bau yang xsedap. . .kalau kentut dan buang air pun boleh bau petai. . .sebenarnya saya sendiri pun tak makan petai. . .tapi disebabkan saya ada baca info pasal khasiat petai, saya nak kongsi info dengan korang semua. . .

Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama latin parkia speciosa  dan dimakan sebagai ulam ini, disebalik ketidak enakan bau nafas, korang tahu tak petai ni sebenarnya sejenis ulam yang banyak memberi manfaat kesihatan kepada kita.

Petai mengandungi sukrosa, fruktosa  dan glukosa. Ketiga-tiga zat ini merupakan gula yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada epal. Selain itu, kandungan karbohidrat, fostor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lain yang terdapat pada petai juga lebih banyak jika dibandingkan  dengan epal.


Antara khasiat petai ialah:
1- Dapat mengatasi penyakit Anemia.
2- Mampu mengurangkan Stres dan Depresi.
3- Menyihatkan mata dan meningkatkan konsentrasi.
4- Dapat mengurangkan tekanan darah  tinggi dan mencegah    strok.
5- Melancarkan system pencernaan.

Secara kesimpulannya, petai memang banyak khasiat terutama dari segi kesihatan tubuh badan kita. . .memang la berbau tapi tak la kekal baunya. . .lepas ni saya sendiri pun kena cuba makan petai. . .hehee. . .semoga dengan info yang saya kongsi ni dapat bagi banyak manfaat kepada kita semua.

KeBaIKaN ViTaMiN C

Assalamualaikum...Salam Jumaat...Salam Ceria...Salam 1Malaysia....entri saya kali berkaitan dengan vitamin C...kadang-kadang kita tahu makan vitamin C atau apa-apa vitamin tapi belum tentu semua orang tahu tentang kebaikan vitamin C...antara buah-buahan yang mengandungi vitamin C ialah buah limau, delima, anggur, epal, nanas, tomato, cranberry dan sebagainya...


Antara kebaikan vitamin C yang kita boleh dapati ialah:


- menghilangkan parut jerawat.
- melicinkan kulit.
- mengecutkan jerawat.
- mencerahkan kulit.
- kulit nampak glowing.
- mengatasi masalah kulit kering.
- mengatasi masalah bibir merekah.
- mengatasi masalah kulit.
- melembapkan kulit.
- menegangkan kulit.

vitamin C juga dapat membantu menghilangkan demam selsema. Ia juga dapat mengatasi masalah resdung juga sesuai untuk lelaki dan perempuan termasuk perempuan mengandung dan menyusu badan.Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin C yang boleh kita dapat. Ada juga di antara kita yang tidak gemar dengan pengambilan vitamin tapi sebenarnya vitamin C adalah salah satu vitamin dan supplement yang membantu dalaman tubuh kita untuk kekal sihat dan cergas...