Thursday 16 May 2013

MaKaNaN UnTuK KeSiHaTaN MaTa


Assalamualaikum semua…Hai kawan-kawan…Kali ni saya nak kongsi pasal makanan yang dapat menjaga kesihatan mata kita. Ada yang berpendapat lobak merah dapat mencerahkan penglihatan mata kita…betul la tu…lobak merah merupakan salah satu makanan yang mampu menjaga kesihatan mata kita..

Antara makanan lain yang dapat menjaga kesihatan mata ialah:


ADPOKAT(AVOCADO)
Adpokat merupakan salah satu dari makanan yang padat nitrisi. Adpokat mengandungi lebih banyak lutien dibandingkan dengan buah-buahan lain. Zat ini sangat penting untuk mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga merupakan sumber yang kaya nutrisi yang penting untuk mata seperti vitamin A, vitamin B6 dan vitamin E.


LOBAK MERAH (CARROT)
Carrot atau lobak merah sudah lama dikenalpasti sebagai makanan yang baik untuk mata. Ini kerana lobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta karotin. Beta karotin akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A dimana vitamin ini berperanan penting dalam proses bioelektrik di mata. Selain itu, lobak merah dapat membantu tubuh badan melepaskan bahan radikal bebas.



BROKOLI
Brokoli kaya dengan vitamin C, kalsium, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.


TELUR
Telur kaya dengan nutrisi mata seperti vitamin A, zink, lutein, lecithin, B12, vitamin D dan cysteine.



BAYAM

Bayam merupakan sumber lain yang kaya vitamin A. Bayam juga mengandungi nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxathin.

KOBIS
Sama seperti bayam, kobis juga mengandungi vitamin A, lutein dan zeaxathin.


TOMATO
Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene, dua nutrisi yang sangat penting untuk mata.


BIJI BUNGA MATAHARI
Biji bunga matahari mengandungi selenium, nutrisi yang boleh mencegah katarak dan juga menjaga kesihatan mata secara umum.




BAWANG PUTIH
Bawang putih mengandungi selenium dan nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin C dan quercetin.



SALMON
Salmon kaya dengan omega-3 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan mata secara umum. Salmon juga mengandungi asid folik, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin A.

Jom kita sama-sama jaga mata.......
















No comments:

Post a Comment