Friday 26 April 2013

8 MaKaNaN CeGaH KaNSeR



Assalamualaikum dan salam sejahtera...salam 1Malaysia...episod kali ini saya nak kongsi dengan anda macam mana nak mencegah kanser...sebenarnya melalui pemakanan juga kita boleh cegah daripada kanser...lepas tengok video ni, pasti anda dapat lebih pengetahuan tentang pemakanan yang dapat mencegah  kanser...makanlah makanan berkhasiat untuk kesihatan yang berpanjangan...

(1) Kacang atau mentega kacang

Kajian mengatakan, mengamalkan pemakanan yang kaya vitamin E mengurangkan risiko kanser perut, kolon, paru-paru dan lain-lain. Makanan tinggi vitamin E seperti kacang, mentega kacang, badam dan biji kuaci boleh membantu menguatkan sel badan.


(2) Oren

Oren atau mana-mana buah yang kaya vitamin C adalah makanan antioksidan yang baik. Vitamin C membantu menghalang pembentukan sel kanser.


(3) Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi beta-karoten (agen antioksidan yang hebat). Kajian mendapati mereka yang mengamalkan diet tinggi beta-karoten dapat mengurangkan risiko (terutamanya kanser paru-paru, perut dan kolon).


(4) Ikan Salmon Segar

Ikan salmon kaya dengan vitamin D. Kekurangan vitamin d dalam badan dikatakan salah satu factor penyebab kanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat bahawa vitamin D menghalang salur darah pada tumor daripada membesar.


(5) Bawang Putih

Bawang putih dipercayai dapat mencegah serangan jantung, penggumpalan darah, menurunkan kadar kolestrol, tekanan darah, kadar gula dalam darah, penawar racun, pembunuh bacteria/kulat/parasit, pengikat radikal bebas dan banyak lagi. Selain itu, zat-zat aktif dalam bawang putih termasuk A,B,C, kalsium, potassium, besi, karotenoid dan selenium.


(6) Teh Hijau

Dalam satu kajian yang terdapat dalam Journal Of Cellular mengatakan bahawa kandungan polifenol dalam the berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol iaitu sejenis antioksidan kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas iatu penyebab kepada kanser.


(7) Buah Beri

Buah beri adalah buah terbaik untuk mencegah kanser. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene (agen melawan kanser). Spesis buah beri termasuklah raspberry, blueberry dan cranberry.

(8) Kacang Soya

Kacang soya merupakan makanan rendah lemak, tanpa kolestrol, tinggi serat dan kaya mineral. Menurut kajian, isoflavon iaitu sejenis fitokimia dalam kacang soya boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dan risiko sakit jantung. Ia juga mencegah pertumbuhan sel kanser dan risiko osteoporosis dalam kalangan wanita. Kajian juga mendapati kandungan genistein di dalam kacang soya boleh menyekat pertumbuhan tumor.


  



No comments:

Post a Comment