Wednesday 17 April 2013

EvERyTHiNg AbOuT CHocOLaTe...



   
 Memang tidak dinafikan, kebanyakan golongan dewasa dan kanak-kanak gemar menikmati makanan yang boleh dijadikan snek termasuklah coklat. Ada yang berpendapat coklat adalah punca kepada kegemukan tetapi ternyata ianya bukanlah menjadi penyebab kepada kegemukan. Saya juga gemar menikmati coklat kerana bagi pendapat saya,coklat adalah sesuatu yang manis dan memberi kelainan rasa apabila kita menikmatinya. Disebalik coklat, terdapat juga kelebihan dan keburukan coklat. Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang coklat.

Coklat merupakan sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

Antara kelebihan coklat :
         - Membantu meningkatkan memori dan hafalan.
         - Membantu menguatkan hafalan.
         - Membantu menajamkan mata dan minda.
         - Membantu memulihkan keletihan saraf.
         - Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
         - Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.
         - Melambatkan proses penuaan.
         - Makanan lengkap dan seimbang.
         - Bukan penyebab kegemukan.
         - Baik untuk jantung.
         - Baik untuk kulit.


Disamping kebaikan dan khasiat coklat, terdapat juga keburukan coklat.Antaranya ialah :

 - Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda terutama kepada mereka yang sedang menaikkan berat badan.

- Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.

- Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada tenusu atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
................................................................................................

Jadi kesimpulannya, nak makan coklat boleh tapi dengan kadar pengambilan yang sedikit. Kita juga mesti memilih coklat yang tinggi kandungan kokonya. Ini bermakana ia kurang kandungan mentega, gula, lesitin, vanila, susu dan lain-lain yang menjadikan coklat sebagai sayur berbanding gula-gula.

SeMoGa BeRMaNFaaT... :)

        



No comments:

Post a Comment