Tuesday 30 April 2013

MeNCeGaH LeBiH BaiK DaRiPaDa MeNGuBaTi

 


Makanan adalah  bahan asas untuk kehidupan dan kesihatan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. Makanan tersebut mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.

Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana pula dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayur-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walaupun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang menghidap kanser dan lain-lain.

Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makanlah sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dan sebagainya (yang bebas dari gas dan radiasi)
Pengambilan makanan kesihatan atau suplemen seperti vitamin, mineral, serat dan asid amino adalah salah satu langkah untuk perlindungan dari penyakit. Vitamin A,C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan “ radikal bebas”, iaitu molekul tidak stabil yang terhasil dari proses dalam badan kita.

Secara kesimpulan, kita dapat tahu bahawa setiap apa yang kita makan ada juga kesan disebaliknya. Pemilihan makanan yang sihat dapat menghindarkan diri kita dari penyakit. Kadangkala sesuatu makanan yang kita suka makan, itulah yang membahayakan kesihatan kita…jom jaga kesihatan…

“makan secara sihat…sihat sepanjang hayat…”

No comments:

Post a Comment