Wednesday 17 April 2013

MaKaNaN KaYa EnZiM



Nampak sedap je tengok buah ni.....nyum2....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ni saya nk kongsi tentang buah-buahan...tapi kat dunia ni ada jugak yang tak makan buah,,,sebenarnya banyak yang kita boleh dapat bila kita makan buah...setiap buah yang kita makan ada khasiat dan vitamin tersendiri..contohnya buah limau yang dapat memberi kita vitamin C pada tubuh..buah jugak boleh mencantikkan kulit bagi individu yang cukup menjaga kulit dan kesihatan...bukan luaran sahaja nampak cantik tetapi dalaman juga sihat...bukan buah-buahan je tapi macam2 jenis sayur, kekacang pun boleh bagi banyak khasiat pada tubuh...jom baca kat bawah ni...selamat membaca...

Adakah kita sedar makanan yang kita ambil setiap hari mempunyai sumber enzim ataupun tidak? Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang jenis-jenis makanan yang mempunyai enzim dan boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita. Sebagaimana diketahui, sumber enzim makanan boleh hadir daripada makanan segar dan diperam. Bagaimanapun, memasak atau memanaskannya melebihi suhu akan menyahaktifkan enzim. Makanan seperti betik, avocado, anggur, pisang, nanas, mangga, kurma, madu, minyak zaitun dan tauge biasanya kaya dengan enzim. Mengambil makanan yang kaya enzim bukan sahaja membantu penghadaman tetapi memperlahankan proses penuaan. Pada masa yang sama, tenaga dan stamina akan meningkat selain membantu menurunkan berat, menyihatkan kulit dan meningkatkan tahap kesihatan secara umum.


Antara jenis-jenis makanan yang kaya dengan enzim ialah:


1- BETIK

Kaya dengan enzim yang dikenali sebagai papain yang membantu proses penghadaman.                                      


2- NANAS

 Nanas segar tinggi enzim bromelain. Seperti betik, ia sejenis enzim proteolytic. Selain menyumbang kepada penghadaman protein, bromelain merupakan bahan anti keradangan semulajadi dan anti gumpalan. Bromelain paling banyak ditemui di bahagian batang nanas berbanding buah. 

3- KEKACANG DAN BIJIAN SEGAR

Secara umum, kesemua makanan segar memiliki enzim yang membantu penghadaman. Kekacang dan bijian mengandungi Lipase, enzim yang memecahkan lipid atau lemak. Namun begitu, anda disarankan menikmatinya secara mentah, bukan dipanggang atau digoreng.


4- BUAH DAN SAYUR SEGAR

Seperti mana kekacang dan bijian, sayur dan buahh mengandungi enzim yang bertindak terhadap karbohidrat. Amilase ialah enzim penghadaman utama bagi metabolisme karbohidrat. Ia terdapat dalam air liur. Itu sebabnya bagi meningkatkan kesihatan system penghadaman, lebihkan saja pengambilan sayur dan buah.


            Info seperti ini amat penting bagi kita semua sebabnya berkait rapat dengan pengambilan makanan yang kita ambil setiap hari. Tetapi ada juga yang tidak makan sayur sedangkan sayur kaya dengan enzim yang sihat. Selain sayur-sayuran, banyak jenis buah yang boleh kita makan untuk mendapatkan enzim dalam tubuh badan kita. Dengan adanya enzim dalam tubuh badan kita, kita akan mendapat tenaga dan memiliki metabolisme yang sihat, cergas dan cerdas. saya harap lepas ni sape yang tak makan buah,tak makan sayur, belajar la makan buah dan sayur untuk dapatkan badan yang sihat... InsyaAllah...






No comments:

Post a Comment